Matlamat Jelas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semasa memberi taklimat berkaitan dengan pelaburan ada seorang hamba Allah ni tanya kepada saya

"Bagaimana mahu sabar dalam menabung"

Benar bagai dikata,,,hari ni semua orang mahu segera...mee segera, makanan segera, minuman segera, jutawan segera dan hartawans segera...semua nak segera. kenapa agaknya? Adakah dunia semakin cepat. Jika difikirkan memang betul. Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat...dah tahun baru.

Sebenarnya ramai yang menabung tidak dapat mencapai apa yang mereka hajati. Sebelum tercapainya matlamat sudah wang dikeluarkan. Kenapa ini boleh berlaku?

Antara sebabnya ialah ketiadaan MATLAMAT yang jelas. Kenapa ansa menyimpan? Untuk apa anda menyimpan? Jika anda mempunyai matlamat yang jelas anda sudah tentu akan menyimpannya sehingga tercapainya matlamat tersebut.

Ibaratnya anda menaiki kereta dan tidak tahu destinasi yang mahu dituju. Anda berjalan sehinggalah kereta teresbut berhenti kehabisan minyak sebelum sampai ke destinasi yang dituju.

Fikir-fikirkan...banyakkan bersabar. Sesungguhnya orang beriman itu adalah mereka yang kuat sabarnya.

Bergopoh-gapah itu mengundang penyesalan,..
       Bertindak lambar itu mengundang kerugian...


"Matlamat ku adalah melahirkan pelabur yang sabar"


Yang Benar,


Dr.Psikologi Pelabur


0 comments:

Post a Comment

Copyright © / Psikologi Melabur

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger