Takut Rugi

Ramai dikalangan orang yang saya jumpa adalah TAKUT RUGI. Ini adalah perkara biasa bagi seseorang. Perasaan takut, bimbang dan risau merupakan perasaan biasa yang dialami oleh seseorang apabila dia tidak pasti apa yang dia lakukan ini disebabkan tiadanya ilmu pengetahuan berkaitan dengan benda yang akan dilakukannya ssebagai contoh jika seseorang yang tidak pernah melabur maka sudah tentu dia akan risau kehilangan atau kerugian duit modal pelaburannya. Maka bakal pelabur akan sentiasa berhati-hati.

Tahukah anda ? Apa yang menyebabkan anda ragu2 dan takut rugi. Ini disebabkan ILMU. Ya, jika anda tidak mempunyai ilmu pelaburan sudah tentu anda wajib takut. Tiada ubat ketakutan adalah dengan menimba ilmu dan hadapi ketakutan dengan ilmu. Seseorang yang berilmu akan yakin dan berani berdepan dengan apa yang mereka takuti kerana mereka mempunyai strategi mengatasi ketakutan.

Salah satu cara menghilangkan atau mengurangkan perasaan takut adalah dengan menghadapi ketakutan tersebut. Berdepan ketakutan tersebut dengan ilmu pengetahuan. Bukannya menghadapinya membabi buta. Jadi saranan saya...hadapinya dengan tenang cubalah melabur sedikit. Bila ketakutan dan kegusaran anda hilang sedikit demi sedikit barulah anda menabung lebih banyak. Tiada siapa yang menghalang atau memarahi anda jika anda mahu melabur sikit. Ini kerana duit anda. Duit anda adalah hak anda. Walaubagaimanapun jangan simpan duit anda terlalu banyak ditangan sebab kata Bill Gate Billionaire berkata jika kita ada duit ditangan kita akan lupa diri, makanya simpanlah ditempat yang selamat dan dapat memberi pulangan yang lumayan. Dimana?

Hubungi saya 0138690199


Dr.Psikoji Pelaburan
Mendidik pelabur menjadi penyabar...

Posted by
Rosfazlie

More

Retak Menanti Belah

Tahukah anda apakah tanda-tanda seseorang mengalami masalah kewangan. Sekiranya kita telah mengetahuinya maka anda bertindaklah untuk menyelesaikan masalah anda. Antara tanda-tanda masalah kewangan adalah...


  • Keretakan mula berlaku dalam hubungan rumahtangga
  • Terpaksa berhutang sebagai penyelesaian
  • Rekod kesihatan kredit tidak bagus
  • Corak pembayaran bil dan hutang tidak konsisten
  • Tidak dapat membayar cah kredit melainkan minimum sahaja
  • Tidak dapat mengumpul wang secara sistematik biarpun mencuba bertahun-tahun
  • Tidak dapat menyusun atau track perbelanjaan yang dibuat 3 bulan lepas
  • Terpaksa jumpa doktor kerana kesihatan yang tidak baik, stress bahkan yang paling bahaya adalah berlaku kemurungan.
Jika anda mengalami masalah diatas. Sila berjumpa dengan saya iaitu dr anda.

Dr.Psikologi Kewangan

Posted by
Rosfazlie

More

Matlamat Jelas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semasa memberi taklimat berkaitan dengan pelaburan ada seorang hamba Allah ni tanya kepada saya

"Bagaimana mahu sabar dalam menabung"

Benar bagai dikata,,,hari ni semua orang mahu segera...mee segera, makanan segera, minuman segera, jutawan segera dan hartawans segera...semua nak segera. kenapa agaknya? Adakah dunia semakin cepat. Jika difikirkan memang betul. Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat...dah tahun baru.

Sebenarnya ramai yang menabung tidak dapat mencapai apa yang mereka hajati. Sebelum tercapainya matlamat sudah wang dikeluarkan. Kenapa ini boleh berlaku?

Antara sebabnya ialah ketiadaan MATLAMAT yang jelas. Kenapa ansa menyimpan? Untuk apa anda menyimpan? Jika anda mempunyai matlamat yang jelas anda sudah tentu akan menyimpannya sehingga tercapainya matlamat tersebut.

Ibaratnya anda menaiki kereta dan tidak tahu destinasi yang mahu dituju. Anda berjalan sehinggalah kereta teresbut berhenti kehabisan minyak sebelum sampai ke destinasi yang dituju.

Fikir-fikirkan...banyakkan bersabar. Sesungguhnya orang beriman itu adalah mereka yang kuat sabarnya.

Bergopoh-gapah itu mengundang penyesalan,..
       Bertindak lambar itu mengundang kerugian...


"Matlamat ku adalah melahirkan pelabur yang sabar"


Yang Benar,


Dr.Psikologi Pelabur


Posted by
Rosfazlie

More

Copyright © / Psikologi Melabur

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger